Thursday, 2 May 2019

Atlantis Residence Melaka 2018

Assalam gais..
Yes. Seperti tajuk tertera ni percutian tahun 2018 πŸ˜‚ As usual, setiap kali hujung tahun cibu akan bawak anak-anak berjalan plus celebrate birthday husband yg dekat-dekat dengan cuti Hari Krismas. Dah ngam lah tu kan anak-anak pun cuti sekolah. Kali ni ke Melakaaaaaa lah kita. Cibu bawak mem beso sekali ni, my mum.

Happy muka memasing ek. Lepas tu hanyuttttt 😴😴

Ok, story short, percutian 4hari 3malam ni cibu pilih nak stay dekat Atlantis Residence Melaka and pilihan cibu memang πŸ’― tepat! Atlantis Residence memang best!!

Atlantis Residence Melaka
Around pukul 3pm memang PEAK HOURS 

Cibu book thru AirBnB :
https://Www.airbnb.com/rooms/24387177//
atau http://Www.airbnb.com/rooms/24438068

Kedua-dua homestay ni dikendalikan oleh hos Ms Las. Ms Las ni teramatlah friendly & tolerate. And sebab utama cibu berkenan sangat dengan homestay ni cibu bagitau pada setiap gambar πŸ€—

Upon check in, Ms Las akan tunggu kat gate ni. Dia akan guide kita building mana nak masuk, mana nak parking etc

Taraaaa.. Ni lah punca utamanya.
LOFT BED ! HAHAHA
Apartmen ni 1 bedroom je chuols. So
anak-anak boleh lah tidur kat loft bed. Tapi kena hati-hati tau. Tangga agak tinggi untuk anak-anak naik turun.
 Katil selesa & bersih

View pool dari balkoni
Bestnya, buildingnya menghadap satu sama lain. So memang rasa nyaman je & tak panas
Air pool dia pun sejuk yakmattt πŸ˜‚

Boleh chill sambil makan kuih keria Limbongan & Coconut Shake Klebang

 Mem beso paling happy sebab apartmen ni fully equipped. Kalah hotel chuols 

Takde lah bawak balik baju kotor kan 🀣

Toilet pun bersih & toiletries disediakan

 Banyak spot untuk rileks & chill dekat apartment ni

Rooftop apartment punya view memang superb!

 Playground for kids

Pool besar for kids & adults
Tapi nak mandi adult pool kena pakai swimming suits ok gais. Dorang agak strict pasal swimming attire.

 Husband tak berani nak tengok bawah 😜

πŸ–€

Selain daripada tu, Atlantis Residence pun ada sediakan sauna & jakuzi for free tau. Worth your every penny! 

Additional Info : Lokasi apartment ni sangat-sangat strategik sebab ada kat tengah-tenga antara Klebang & Bandar Hilir. So nak terjah tempat-tempat viral kat Melaka tak sampai 15minit dah sampai gais!

Sekian dulu review tak berbayar cibu. Adios!









Wednesday, 10 October 2018

Universal Studios Singapore Day Trip 2018

Ashelamat pagi chuols.

Hari ni mood terajin nak update blog 😝 Oklah nak cerita day trip cibu haritu ke Universal Studio Singapore wuhuuu.. Kalau cerita kat orang buat malu je. Kerja Singapore tapi baru ni lah jejak kat USS πŸ€¦β€β™€οΈ

        I dont care how hard being together is..
        Nothing is worst than being apart πŸ–€

Ekceli cibu pegi USS ni pun sebab this year punya company family day bagi subsidi untuk employee beli tiket USS 😝 Kalau tak entah bila la nak pegi nya tu (kedekut kan🀭)

Bagi korang yang nak pegi sana ada dua cara untuk beli tiket, direct beli kat kaunter

harganya adult (13 tahun keatas) = 76$,kids (4-12tahun)= 56$, senior citizen (60tahun ke atas) = 38$.. 

Atau terus tempah kat tour agen kat JB boleh dapat bawah RM250/person siap transport pegi balik.

Macam cibu dapat tiket dari company, kena pergi by bus jelah ye. Penat naik turun MRT πŸ˜… Kalau korang nak naik bas dari JB kastam, bas korang boleh naik is Transtar TS8.. Bas ke Sentosa ni ada pukul 7am, 8am,9am, 10am dan seterusnya. Tambang pulak RM7 ke Sentosa.

Cibu pergi Sentosa kali ni dengan ayah & my sil Nora. Kitorang bertiga sampai kat JB kastam dah lewat sikit 9.30.. So tunggu lah bas pukul 10 πŸ™„

Ni namanya white card ye awak. Nak masuk singapore kena isi white card. Boleh amik kat kastam SG.. 

Isi lengkap tau. Alamat dekat SG tu tulis le Sentosa sebab nak ke sana kan. Lagi 1, bas SG ni ada no masing-masing tau. Bukan no plate. Contoh bas ke Sentosa bas Transtar TS8, kalau ke Changi TS1. Awak cincai jela dik tulis. Asal tulis. Tak tulis kena marah tau 🀭

Oleh sebab, kat kastam SG line untuk white card ni selalunya panjangggg and lambat, kalau let say korang naik bas Transtar, bas memang takkan tunggu πŸ˜ͺ Macam cibu haritu, ayah & sil guna white card so kena tinggal lah bas and driver ada pesan, just tunggu bas seterusnya pukul 11. Tapi, bila turun nampak bas 707 ni driver offer terus naik je.. Bayar RM5/person. Rugi duit bayar tambang Transtar tadi. Tapi nak tunggu lamaaaa 😭 

Bas 707.. tapi idok le cibu tau pukul berapa dia biasa jalan πŸ˜… biasa pagi selalu ada bas ni tunggu kat SG kastam

TIPS CIBU : Kalau korang guna white card, naik jelah bas Sentosa Transtar/707 dari kastam SG.. So dari JB kastam - SG kastam naik bas apa-apa je boleh.

Baliknya, cibu naik semula bas 707 bayar 5$/person.. Driver ada pesan masa datang tu. Beli tiket kat driver je.. Jangan pergi kaunter 7$/person..

Oklah nah layan gambar berpoya-poya cibu kat USS πŸ€—

Penyebab cibu lambat.. Mengamok setiap pagi nak pegi sekolah si Abam ni πŸ€¦β€β™€οΈ

 Sempat makan nasik ambeng masa ni sambil tunggu bas.. Korang kalau nak ke sana make sure perut dah isi.. Sebab kat sana banyak berjalan & makanan mahal la of course $ apaaa 😝
On my way

USS i see you πŸ™Œ
 Signage dah sampai sini ✌
 My apek apek husband
Game ON
 Over heksaited.. Kalau nak suasana tak ramai orang camni pergi lah weekday.. Kalau weekend memang berasak lah 🀣
 Kalau lah kurus πŸ™„
Me & my sil Nora
 Kalau ke USS wajib naik ride Transformer.. Ramai cakap hat ni paling best. Serius!
 3D specs Transformer
 Madagascar ride.. Ok lah 🀭
 πŸŒΉ
Shes so syantik 😍
Muka ni lepas naik roller coster Battlestar Galactica:Cylon.. Kalau ke sana korang try la weh. Rasa jantung kau tertinggal kat atas 😭
Korang, kat sini memang buat basah tau.. Ride kat air.. Selamat cibu duduk tengah-tengah ok sikit. SIL cibu basah lencun kasut πŸ˜… Padahal ada beli baju hujan kat sini ada jual 5$/pc.. Nak jimat siap2 beli kat Malaysia ok πŸ˜…
Seluar pun basah sikit lepas ride Jurassic Park 😭
Sesado anak patung itu πŸ˜…

Shrek 3D
 Transformer
 Transformer
 Cookies Monster
 
Minion
 Scary siak yang perempuan ni πŸ˜‘
Ok, sebelum balik Garret Popcorn wajib beli. Macadamia is cibu's fav 🌹

Ok sayang. Done USS 














Thursday, 9 August 2018

Itinerary Bercuti ke Krabi 4 hari 3 malam Part 4 2018

Assalamualaikum koranggg..
Actually cibu paling excited nak cerita part masa Phi Phi Island tour ni tau. Mulut ni tak habis ternganga teruja lihat kebesaran Allah.. Serius memang Phi Phi Island cantik sangat-sangat. Airnya cantik, batu-batuan nya cantik. Tapi, ada pengalaman pahit cibu kat sana 😭

Hari ketiga kat Krabi ni, cibu decide nak pegi Phi Phi Island. Rugi lah kan dah sampai Krabi tak pegi sini. Alhamdulillah bangun pagi cuaca pun lebih baik dari semalam..

Tips dari cibu pada korang yang nak ke sini.. Bawaklah minyak angin ke asam ke coklat ok. Ramai dalam boat muntah-muntah. Kita ni tengok pun jadi loya πŸ™„ Sebab perjalanan by boat memang lamaaaaa sangat-sangat and more to duduk dalam boat takde singgah-singgah pulau. Boat akan berhenti and tunjuk jela sana Monkey Bay, sana apa bay gituu.. Tapi ada dua kali stop untuk snorkeling..

And second tips, bila dah mendarat kat Phi Phi Island untuk makan buffet.. Sila jangan pandai-pandai nak jalan-jalan sendiri and acah-acah tau jalan balik 😭 Pengalaman seram sendiri ni tau. Selamat cibu ikut gerak hati and Allah selamatkan kitorang. Kalau tak dengan taktau jalan balik, tak bawak duit banyak (duit simpan safetybox hotel) macam mana nak balik? 😭 Seeloknya, jalan mana kita datang tu, masa balik ikut jalan yg sama ok. Sebab Phi Phi Island ni besar tau!

 Phi Phi Leh
Orang pergi snorkeling.. Cibu bergambar jela. Kesian akak sebelah tu.. Mabuk laut πŸ˜…
 Saujana mata memandang keindahan alam (walllaahhh ayat 😝)
πŸ™Œ
Snorkeling session
Alhamdulillah. My dream comes true.

 Makan time kat one of halal restoran kat Phi Phi Island.. Lepas makan tu, fikirlah nak bawak Abam mandi sebab dari tadi cuma snorkeling and abam Pirash pun spesies cibu takut laut dalam 🀣 So dari restoran, kitorang jalan ke pantai mandi kejap.
Lagi 15min boat nak jalan, kitorang decide nak ke boat balik. Tapi tak lalu jalan restoran tu semula. Kitorang ikut persisir pantai. Kononnya jalan sampai hujung nanti jumpalah boat. Hati dah start tak sedap masa ni. Halfway, kitorang shortcut masuk ke deretan kedai tanya-tanya orang. Siap lari kau! Alhamdulillah ngam-ngam sampai kapten dah panggil naik boat 😭
Selepas kejadian lari. Sempat posing jap 🀣
Budak bertuah yang tak paham cibu ayah dia dah hampir pitam lari satu Phi Phi Island sambil ayah dukung dia. Boleh tersenyum lagi main pasir. Anak oh Anak.
 Another spot untuk snorkeling session
Cibu masih dalam keadaan trauma lagi. Ayah kau dah berpoya-poya snorkeling bawah sana 
 Stop kat pulau yang terakhir sebelum habis tour. Si Abam Pirash yg sejenis takut air. Lebih berminat kumpul ranting-ranting dekat pasir daripada main air πŸ˜…
 πŸ€¦β€β™€οΈ
Terlalu malas nak bukak safety jacket tu πŸ€¦β€β™€οΈ
 Suamiku si apek-apek 😝
Bye Phi Phi & memories 😘

Alhamdulillah. Sekian cerita pasal Krabi. Nexttttt.... 

Atlantis Residence Melaka 2018

Assalam gais.. Yes. Seperti tajuk tertera ni percutian tahun 2018 πŸ˜‚ As usual, setiap kali hujung tahun cibu akan bawak anak-anak berjalan ...