Monday, 11 September 2017

Bayou Lagoon Waterpark Melaka

Review Bayou Lagoon Waterpark, Melaka 🌊

Sumber google

Assalamualaikum alls. Tak sabar nak start menulis entry. Jangan jadi sehangat-hangatnya tahi ayam sudah 😂 Haha

AWAS ENTRY INI PANJANG 🙈

2nd Sept yang lepas cibu dan keluarga bercuti kat Melaka. Semalam je pun sebab cuti tak panjang. Cibu ni sejenis kalau buat apa-apa akan survey sehabis baik dan lepas buat kajian beberapa minggu (HAHAHA) , tak puas hati pulak whatsapp kawan yang pernah pergi ke bayou lagoon ni tanya 😁 Dapat feedback positif baru kita go !

Cibu book hotel thru trivago.my and dapat book apartment 2 bilik dengan rate harga RM267/night + RM44 tax. So total RM311 (anggaran)/ malam. Free 4 pax breakfast dan 4 tickets waterpark access. Oh ya harga ni cibu grab daripada site Expedia ya. 

Secara ringkasnya tentang Bayou Lagoon :
● Jarak dari tol Ayer Keroh ke Bayou Lagoon agak dekat. Kalau tak tahu sangat jalan Melaka google maps je macam cibu 😂 Tapi untuk ke bandar Melaka agak jauh. Jadi cibu sarankan beli makanan ringan secukupnya kalau jenis kuat mengunyah macam cibu 😂 Di apartment disediakan meja makan dan peti sejuk mini. Kedai makan berdekatan kena keluar dari resort, by car dalam 10 minit. Harga berpatutan RM4.50/pax mana nak carik kat JB oiii 😂

● Ok tips kalau datang masa peak days sila bersedia check in 1/2 jam awal. Masa check in pukul 3ptg ( bagi cibu sangat lewat 😅). Kaunter ada sediakan no giliran which is good. Tapi hubby check in ambil masa around 40 min. Dah buang masa kat situ. Resort ni ada 2 villa, Amari dan Tahiti. Check in di Amari Villa. Ada booking deposit ya RM150.

Memang "mandi" laaa menunggu 😂
Ruang lobi Tahiti Villa

● Apartment 2 bilik pun dah ok sangat ye kalau nak bawak sekeluarga besar. Macam cibu, kami bertujuh. Cibu,hubby & 2 anak kami ( abam Pirash & adik Dina) mak cibu dan 2 orang lagi anak abang cibu. Tapi tolak markah sebab cibu minta 2 katil queen, dapat twinbed. Selamat boleh cantumkan katilnya 😂 Overall bilik ok, luas dan selesa, toilet bersih. Hotel juga ada sediakan hair dryer, tuala ( tapi ingat ya tuala hotel TAK BOLEH bawa ke waterpark), extra bantal dan sejadah. Wifi pun laju daripada waterpark pun boleh access.

 Abam Pirash hyper 😂
Bilik mak dan anak-anak abang cibu
Ruang makan yang selesa

● Waterpark kat Bayou Lagoon ni ada 4 kolam ( maaf kalau salah sebab tak explore pun busy dengan anak kecik 😅) Adik Dina yang umur 2 tahun pun ada pool paras pinggang siap slides yg sesuai dengan dia boleh main. Cuma masa cibu pergi tu peak day so memang sangat ramai. Cibu masuk ke waterpark 6 orang, so kena tambah lagi satu tiket untuk anak abang cibu. Harga untuk kanak-kanak RM20(weekend) RM16(weekdays). Adik Dina boleh masuk percuma ( ketinggian bawah 90cm). Ingat ya tuala hotel TAK BOLEH bawa ke waterpark. Gelang access waterpark pakai dengan betul dan jaga sebab boleh guna sekali lagi untuk access waterpark esoknya ( Bagi yang beli di kaunter tak boleh ya)
 Abam Pirash takut air 😂
 Lelaki sado di hati cibu 😘
 Disebalik keseronokan ada cibu yang bersusah payah 😌
 2 budak hyper 😅
Cinta hati cibu 
Cibu dan Adik Dina
Muka happy sebelum semua bertukar masam bila cibu suruh naik. Nak hujan nak oi !!

● Ok, next breakfast buffet. Esoknya pihak hotel ada sediakan breakfast buffet free utk 4 pax. So cibu laki bini , abam pirash dan seorang anak abang je yang cibu bawak. Mak breakfast kat bilik je. Happy betul dia even duduk kat bilik je boleh rehat tengok tv. Breakfast buffet Bayou Lagoon paling buat cibu happy. Variety of food, kena ambil sikit-sikit dan explore sebab banyak sangat-sangat 😂 Masa daripada pukul 8 pagi - 11 pagi. 

Breakfast buffet time

Sayang bebudak ni makan sikit 😧

● Masa checkout pula pukul 12pm. Tapi cibu checkout awal that day sebab ada urgent di kampung. Oh ya masa checkout ada bayaran RM2 ye cibu lupa untuk apa 😂

Thats all kisah cibu anak beranak di Bayou Lagoon. Mesti repeat lagi sebab mak dah sebut-sebut selalu nih 😂

XOXO


No comments:

Post a Comment

Atlantis Residence Melaka 2018

Assalam gais.. Yes. Seperti tajuk tertera ni percutian tahun 2018 😂 As usual, setiap kali hujung tahun cibu akan bawak anak-anak berjalan ...