Assalamualaikum chuols 😘
So entry hari ni cibu nak kongsikan cara untuk book flight ke Lahad Datu, Sabah daripada Semenanjung. Kenapa Lahad Datu? Haa
Bandar Lahad Datu
Sumber google
Sumber google
Bandar Seri Perdana Lahad Datu
Sumber google
Sumber google
Fyi, even cibu ni orang Johor, tinggal pun kat Johor tapi Lahad Datu atau nama singkatnya LD ni dekat dengan hati cibu. Mana tak dekat, hubby cibu berasal dari sana 🙈Jadi beberapa tahun sekali mesti balik. Dan cibu nak kongsikan tips book flight tiket ke Sabah bagi yang ada bisnes trip ke saja nak jalan-jalan ke ya.
Cibu dulu masa tak ada experience nak book flight tiket macam orang sasau jugak. Search je mesti cuma keluar pasal operasi Tanduo 😥 LD ni besar (SANGAT) ya jadi jangan risau tempat bergolak tu jauh dari bandar LD plus semua jenis anggota beruniform ada kat area bandar je. So, jangan risau.
Ok, back to main point. Tips untuk book flight ke LD :
● Kalau chuols dari KL atau JB, boleh book flight KL/JB - KK - LD. Tapi diingatkan penerbangan dari KK - LD hanya operated by MAS Wings. Kalau pegi grouping, dan nak jimat boleh book by Air Asia KL/JB - KK . KK - LD pula by MAS. Tambang teksi lebih kurang bayar RM60 utk ke airport MAS ( KK sekarang ada Uber so boleh try juga) Ingat ya kena badget masa sebelum beli tiket.
✈ Airport MAS dan AIR ASIA lain tau. Sama macam KLIA dan KLIA2.
✈ Tak ada flight direct ke KK ya. Even chuols book dari KL-LD mesti ada transit di KK juga 😂
✈ Tak ada flight direct ke KK ya. Even chuols book dari KL-LD mesti ada transit di KK juga 😂
⏳ Ok kelebihannya, jika travel dengan anak-anak kecik macam cibu boleh la buat macam ni. Terus sampai di airport bandar LD. Cuma penat menunggu kat airport.
● Cara kedua pula, bagi yang nak backpack atau nak badget, boleh ambil flight KL/JB - KK. Then naik bas daripada station bas Inanam. Dulu masa cibu dan hubby belum ada anak cuba cara ni sebab nak jimat 😌 Naik teksi dari airport ke terminal bas Inanam. Make sure makan kenyang-kenyang dan bawa makanan ringan ya sebab perjalanan sangat lama lebih kurang 7 jam. Ada stop lah untuk makan dan toilet. Tapi jangan hairan kalau tak ada tol dan RNR macam kat semenanjung ya. Tambang lebih kurang RM50. Sepanjang perjalanan boleh la cuci-cuci mata di kawasan gunung Kinabalu. Memang cantik sangat. Cibu rekemen syarikat bas Tung Ma. Boleh refer jadual bas dan harga thru page ni ya
Terminal Bas Inanam
Sumber google
Sumber google
● Ok, cara yang ketiga pula boleh book flight KL/JB - Tawau. Airport Tawau antara yang terdekat dengan LD. So, lepas tu boleh naik bas atau sewa kereta daripada Tawau ke LD. Perjalanan lebih kurang 2 - 3 jam. Sepanjang perjalanan boleh la singgah di Kunak beli amplang (keropok ikan Sabah) 💃
Di airport Tawau
Cibu borong amplang je untuk kawan-kawan dan jiran
Cibu kongsi sekali gambar-gambar kenangan cibu dan keluarga masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas ya 😉
Di area pantai Lahad Datu
Suasana petang di Kampung Tabanak, Lahad Datu. Mana nak dapat lagi pemandangan petang macam ni kat bandar. Semua budak sibuk main facebook je 😂
Pemandangan luar rumah mak pak mertua cibu
Sempat melawat Kampung Puyut, rumah di sini semua atas air tau !
Ok, thats all tentang Lahad Datu cibu nak share. Kalau ada salah info maaf tau sebab cibu balik beberapa tahun sekali je. Tapi harap dapat membantu 😘
XOXO
No comments:
Post a Comment