Tuesday, 12 September 2017

Tips Kerja Kosong di Singapura

Assalamualaikum gais

Zaman sekarang ni semua barang mahal, minyak petrol naik, harga barang basah naik, yang tak turun-turun bangjib jela πŸ˜‚ (gurau)


Jangan kata chuols yang bujang-bujang tu tersepit, cibu ni yang dah ada anak-anak kecik lagi la rasa 😧 Tapi apa boleh buat selain usaha kan? Tak gitu.

So cibu nak share pasal kerja kosong di Singapura (SG). Dulu kalau dengar pasal SG fuhhh seram, law ketat katanya, tak boleh ini tak boleh itu, fine sini fine sana. Sampaikan cibu masa mula-mula nak start kerja SG dulu nak minum kat public area pun takut πŸ˜‚ Nak pandang orang lain dalam MRT pun takut πŸ˜‚ Memang betul SG law nya ketat tapi lama-lama kita dah terbiasa.

Nak gaji besar? Jalan yang korang akan tempuhi pun bukan mudah. Kalau mudah alhamdulillah. Macam cibu pun dipermudahkan alhamdulillah sekali pegi terus dapat 😌

Ok apa cibu buat? Ini tipsnya :

● Sebagai permulaan, buat passport (RM200 5 tahun) dan tukar duit SG. RM100 pun cukup dah kalau jimat dpt la lebih kurang 30sgd. Buat research secukupnya pasal jalan di SG dan selok belok MRT. Di station MRT buat ezlink card, naik MRT dan public bus tinggal tap.
 Kad ezlink. Free je buat nya. Tapi kena terus topap duit la boleh terus guna. 
Sumber google
Boleh guna untuk naik MRT / bas SMRT tinggal tap 
Sumber google

● Buat research dan maklumat secukupnya jika tahu mana-mana tempat menawarkan kerja kosong. Contohnya boleh search di Facebook Geng Kerja Kosong di Singapura (GKKS). Boleh la cari kawan seorang dua untuk redah SG. Tapi make sure nak redah tapi berhala tujuan ya. Kalau tak sia-sia. Ni antara site yang mengiklankan jawatan kosong di SG, Fast Jobs SG dan Jobstreet SG. Better call dulu tanya sebelum datang. Make sure vacancy ada kuota untuk Malaysian. Cuba banyak tempat, kalau ada transport lagi bagus tak penat dan rushing dalam perjalanan pergi balik kerja.

● Kalau dah sampai SG boleh la beli newspaper. Mostly bagi yang tak dapat kerja untuk kali pertama masuk tu, boleh cuba call vacancy di newspaper pula lebih updated. Ada duit lebih boleh beli simcard SG harga lebih kurang 18sgd + 10sgd topap internet sebulan. Boleh nak search jalan kalau tersesat. Nak jimat, tanya orang je. Even orang selalu cakap Singaporean sombong, tapi seriously bila kita masuk SG dorang sangat helpful. Dan setiap bustop dan station MRT juga ada sediakan maps tempat dan no bas yang kita boleh naik. Jadi, jangan risau.

● Soalan lazim bagi yang nak kerja di Singapura
- Tak ada SPM boleh ke?
πŸ’ Sepengetahuan cibu, bagi yang tak ada SPM boleh guna PMR tapi kerja cleaner je terima. Bagi kilang macam cibu mesti nak SPM. Masa call tanya vacancy boleh tanya sekali.
- Daripada Woodland Checkpoint macam mana nak ke Station MRT?
πŸ’ Station MRT berdekatan di Kranji. Boleh naik bas SMRT 170 ke Kranji Station.
- Sabah Sarawak boleh kerja di SG ke?
πŸ’Sepengetahuan cibu, bagi lelaki Sabah dan Sarawak bawah 35tahun masih susah diluluskan permit kerja di SG. Tapi boleh cuba who knows kan rezeki?
- Tak pandai bahasa inggeris boleh ke?
πŸ’ Macam chuols semua tahu, SG guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kalau tak fluent tak apa, tapi at least boleh faham dah ok dah. Boleh start belajar sikit-sikit basic english ya.

Kranji MRT station
Sumber google
Tepuk dada tanya "Are you really ready for this? "Bersesak, beratur, berpanas, tak cukul tidur tu asam garam pekerja SG. Kalau ya then welcome to SG gais. Kalau tak, teruskan dengan kerja yang ada di Malaysia dan kerja betul-betul πŸ™ˆ
Sumber google
Berpenat-penat dulu. Asal masyukkk 😝
Sumber google

Last but not least, cibu nak nasihat. Kalau dah dapat kerja tu kerja betul-betul. Biar sikit gaji kita tapi kalau berkat dah alhamdulillah lagi-lagi kalau compare dengan kerja di Malaysia. Tukaran sekarang lebih kurang 1sgd = RM3.10 😎
Jangan tukar-tukar kerja, jangan malas, jangan beli MC ( kalau kantoi kena fine oi siap kena ban daripada masuk SG), jangan suka ponteng, jangan bergaduh,jangan merungut dan bagi yang belum dapat kerja lagi jangan harapkan orang lain dan JANGAN PUTUS ASA πŸ˜‰

HATI KENA KENTAL, DOLLAR HUNTER πŸ’°
ps : Ni cuma pandangan cibu yang masih newbie ya. Kalau ada info yang kurang tepat, sorry 😜

XOXO

Monday, 11 September 2017

Tips book flight ke Lahad Datu, Sabah

Assalamualaikum chuols 😘

So entry hari ni cibu nak kongsikan cara untuk book flight ke Lahad Datu, Sabah daripada Semenanjung. Kenapa Lahad Datu? Haa

Bandar Lahad Datu
Sumber google
Bandar Seri Perdana Lahad Datu
Sumber google

Fyi, even cibu ni orang Johor, tinggal pun kat Johor tapi Lahad Datu atau nama singkatnya LD ni dekat dengan hati cibu. Mana tak dekat, hubby cibu berasal dari sana πŸ™ˆJadi beberapa tahun sekali mesti balik. Dan cibu nak kongsikan tips book flight tiket ke Sabah bagi yang ada bisnes trip ke saja nak jalan-jalan ke ya.

Cibu dulu masa tak ada experience nak book flight tiket macam orang sasau jugak. Search je mesti cuma keluar pasal operasi Tanduo πŸ˜₯ LD ni besar (SANGAT) ya jadi jangan risau tempat bergolak tu jauh dari bandar LD plus semua jenis anggota beruniform ada kat area bandar je. So, jangan risau. 

Ok, back to main point. Tips untuk book flight ke LD :
● Kalau chuols dari KL atau JB, boleh book flight KL/JB - KK - LD. Tapi diingatkan penerbangan dari KK - LD hanya operated by MAS Wings. Kalau pegi grouping, dan nak jimat boleh book by Air Asia KL/JB - KK . KK - LD pula by MAS. Tambang teksi lebih kurang bayar RM60 utk ke airport MAS ( KK sekarang ada Uber so boleh try juga) Ingat ya kena badget masa sebelum beli tiket.

✈ Airport MAS dan AIR ASIA lain tau. Sama macam KLIA dan KLIA2.
✈ Tak ada flight direct ke KK ya. Even chuols book dari KL-LD mesti ada transit di KK juga πŸ˜‚

⏳ Ok kelebihannya, jika travel dengan anak-anak kecik macam cibu boleh la buat macam ni. Terus sampai di airport bandar LD. Cuma penat menunggu kat airport.

● Cara kedua pula, bagi yang nak backpack atau nak badget, boleh ambil flight KL/JB - KK. Then naik bas daripada station bas Inanam. Dulu masa cibu dan hubby belum ada anak cuba cara ni sebab nak jimat 😌 Naik teksi dari airport ke terminal bas Inanam. Make sure makan kenyang-kenyang dan bawa makanan ringan ya sebab perjalanan sangat lama lebih kurang 7 jam. Ada stop lah untuk makan dan toilet. Tapi jangan hairan kalau tak ada tol dan RNR macam kat semenanjung ya. Tambang lebih kurang RM50. Sepanjang perjalanan boleh la cuci-cuci mata di kawasan gunung Kinabalu. Memang cantik sangat. Cibu rekemen syarikat bas Tung Ma. Boleh refer jadual bas dan harga thru page ni ya
Terminal Bas Inanam
Sumber google

● Ok, cara yang ketiga pula boleh book flight KL/JB - Tawau. Airport Tawau antara yang terdekat dengan LD. So, lepas tu boleh naik bas atau sewa kereta daripada Tawau ke LD. Perjalanan lebih kurang 2 - 3 jam. Sepanjang perjalanan boleh la singgah di Kunak beli amplang (keropok ikan Sabah) πŸ’ƒ


Di airport Tawau

 Cibu borong amplang je untuk kawan-kawan dan jiran

Cibu kongsi sekali gambar-gambar kenangan cibu dan keluarga masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas ya πŸ˜‰
 Di area pantai Lahad Datu
Suasana petang di Kampung Tabanak, Lahad Datu. Mana nak dapat lagi pemandangan petang macam ni kat bandar. Semua budak sibuk main facebook je πŸ˜‚ 
 Pemandangan luar rumah mak pak mertua cibu
Sempat melawat Kampung Puyut, rumah di sini semua atas air tau !

Ok, thats all tentang Lahad Datu cibu nak share. Kalau ada salah info maaf tau sebab cibu balik beberapa tahun sekali je. Tapi harap dapat membantu 😘

XOXO

Bayou Lagoon Waterpark Melaka

Review Bayou Lagoon Waterpark, Melaka 🌊

Sumber google

Assalamualaikum alls. Tak sabar nak start menulis entry. Jangan jadi sehangat-hangatnya tahi ayam sudah πŸ˜‚ Haha

AWAS ENTRY INI PANJANG πŸ™ˆ

2nd Sept yang lepas cibu dan keluarga bercuti kat Melaka. Semalam je pun sebab cuti tak panjang. Cibu ni sejenis kalau buat apa-apa akan survey sehabis baik dan lepas buat kajian beberapa minggu (HAHAHA) , tak puas hati pulak whatsapp kawan yang pernah pergi ke bayou lagoon ni tanya 😁 Dapat feedback positif baru kita go !

Cibu book hotel thru trivago.my and dapat book apartment 2 bilik dengan rate harga RM267/night + RM44 tax. So total RM311 (anggaran)/ malam. Free 4 pax breakfast dan 4 tickets waterpark access. Oh ya harga ni cibu grab daripada site Expedia ya. 

Secara ringkasnya tentang Bayou Lagoon :
● Jarak dari tol Ayer Keroh ke Bayou Lagoon agak dekat. Kalau tak tahu sangat jalan Melaka google maps je macam cibu πŸ˜‚ Tapi untuk ke bandar Melaka agak jauh. Jadi cibu sarankan beli makanan ringan secukupnya kalau jenis kuat mengunyah macam cibu πŸ˜‚ Di apartment disediakan meja makan dan peti sejuk mini. Kedai makan berdekatan kena keluar dari resort, by car dalam 10 minit. Harga berpatutan RM4.50/pax mana nak carik kat JB oiii πŸ˜‚

● Ok tips kalau datang masa peak days sila bersedia check in 1/2 jam awal. Masa check in pukul 3ptg ( bagi cibu sangat lewat πŸ˜…). Kaunter ada sediakan no giliran which is good. Tapi hubby check in ambil masa around 40 min. Dah buang masa kat situ. Resort ni ada 2 villa, Amari dan Tahiti. Check in di Amari Villa. Ada booking deposit ya RM150.

Memang "mandi" laaa menunggu πŸ˜‚
Ruang lobi Tahiti Villa

● Apartment 2 bilik pun dah ok sangat ye kalau nak bawak sekeluarga besar. Macam cibu, kami bertujuh. Cibu,hubby & 2 anak kami ( abam Pirash & adik Dina) mak cibu dan 2 orang lagi anak abang cibu. Tapi tolak markah sebab cibu minta 2 katil queen, dapat twinbed. Selamat boleh cantumkan katilnya πŸ˜‚ Overall bilik ok, luas dan selesa, toilet bersih. Hotel juga ada sediakan hair dryer, tuala ( tapi ingat ya tuala hotel TAK BOLEH bawa ke waterpark), extra bantal dan sejadah. Wifi pun laju daripada waterpark pun boleh access.

 Abam Pirash hyper πŸ˜‚
Bilik mak dan anak-anak abang cibu
Ruang makan yang selesa

● Waterpark kat Bayou Lagoon ni ada 4 kolam ( maaf kalau salah sebab tak explore pun busy dengan anak kecik πŸ˜…) Adik Dina yang umur 2 tahun pun ada pool paras pinggang siap slides yg sesuai dengan dia boleh main. Cuma masa cibu pergi tu peak day so memang sangat ramai. Cibu masuk ke waterpark 6 orang, so kena tambah lagi satu tiket untuk anak abang cibu. Harga untuk kanak-kanak RM20(weekend) RM16(weekdays). Adik Dina boleh masuk percuma ( ketinggian bawah 90cm). Ingat ya tuala hotel TAK BOLEH bawa ke waterpark. Gelang access waterpark pakai dengan betul dan jaga sebab boleh guna sekali lagi untuk access waterpark esoknya ( Bagi yang beli di kaunter tak boleh ya)
 Abam Pirash takut air πŸ˜‚
 Lelaki sado di hati cibu 😘
 Disebalik keseronokan ada cibu yang bersusah payah 😌
 2 budak hyper πŸ˜…
Cinta hati cibu 
Cibu dan Adik Dina
Muka happy sebelum semua bertukar masam bila cibu suruh naik. Nak hujan nak oi !!

● Ok, next breakfast buffet. Esoknya pihak hotel ada sediakan breakfast buffet free utk 4 pax. So cibu laki bini , abam pirash dan seorang anak abang je yang cibu bawak. Mak breakfast kat bilik je. Happy betul dia even duduk kat bilik je boleh rehat tengok tv. Breakfast buffet Bayou Lagoon paling buat cibu happy. Variety of food, kena ambil sikit-sikit dan explore sebab banyak sangat-sangat πŸ˜‚ Masa daripada pukul 8 pagi - 11 pagi. 

Breakfast buffet time

Sayang bebudak ni makan sikit 😧

● Masa checkout pula pukul 12pm. Tapi cibu checkout awal that day sebab ada urgent di kampung. Oh ya masa checkout ada bayaran RM2 ye cibu lupa untuk apa πŸ˜‚

Thats all kisah cibu anak beranak di Bayou Lagoon. Mesti repeat lagi sebab mak dah sebut-sebut selalu nih πŸ˜‚

XOXO


Setelah 27 tahun dilahirkan πŸ˜‚

Assalamualaikum 😊
Entah blog yang keberapa, mudah-mudahan yg terakhir. Haha.

Hai. Salam perkenalan. Saya, Rozanna Abdullah , 27th , happily married to Nash Madsan, alhamdulillah and a mother of two Abam Pirash dan Adik Dina. Let's call me 'cibu'.

CIBU 😊
*demam masa ni πŸ˜…

Cibu menulis kerana minat juga kerana selalu tidur lewat sebab dalam kepala ada banyak benda untuk diluah tapi rasa tak perlu πŸ˜‚ Plus cibu juga seorang yg pelupa ( sangat ) sampai memori masa kecil pun banyak dah tak ingat sobs 😒 Dan mungkin medium ni juga cibu akan kongsikan tips, pengalaman ( even tak banyak ) dan pengetahuan yg cibu ada untuk jadi rujukan bagi yg memerlukan. Semoga bermanfaat πŸ˜‰

Atlantis Residence Melaka 2018

Assalam gais.. Yes. Seperti tajuk tertera ni percutian tahun 2018 πŸ˜‚ As usual, setiap kali hujung tahun cibu akan bawak anak-anak berjalan ...