Actually cibu paling excited nak cerita part masa Phi Phi Island tour ni tau. Mulut ni tak habis ternganga teruja lihat kebesaran Allah.. Serius memang Phi Phi Island cantik sangat-sangat. Airnya cantik, batu-batuan nya cantik. Tapi, ada pengalaman pahit cibu kat sana π
Hari ketiga kat Krabi ni, cibu decide nak pegi Phi Phi Island. Rugi lah kan dah sampai Krabi tak pegi sini. Alhamdulillah bangun pagi cuaca pun lebih baik dari semalam..
Tips dari cibu pada korang yang nak ke sini.. Bawaklah minyak angin ke asam ke coklat ok. Ramai dalam boat muntah-muntah. Kita ni tengok pun jadi loya π Sebab perjalanan by boat memang lamaaaaa sangat-sangat and more to duduk dalam boat takde singgah-singgah pulau. Boat akan berhenti and tunjuk jela sana Monkey Bay, sana apa bay gituu.. Tapi ada dua kali stop untuk snorkeling..
And second tips, bila dah mendarat kat Phi Phi Island untuk makan buffet.. Sila jangan pandai-pandai nak jalan-jalan sendiri and acah-acah tau jalan balik π Pengalaman seram sendiri ni tau. Selamat cibu ikut gerak hati and Allah selamatkan kitorang. Kalau tak dengan taktau jalan balik, tak bawak duit banyak (duit simpan safetybox hotel) macam mana nak balik? π Seeloknya, jalan mana kita datang tu, masa balik ikut jalan yg sama ok. Sebab Phi Phi Island ni besar tau!
Phi Phi Leh
Orang pergi snorkeling.. Cibu bergambar jela. Kesian akak sebelah tu.. Mabuk laut π
Saujana mata memandang keindahan alam (walllaahhh ayat π)
π
Snorkeling session
Alhamdulillah. My dream comes true.
Makan time kat one of halal restoran kat Phi Phi Island.. Lepas makan tu, fikirlah nak bawak Abam mandi sebab dari tadi cuma snorkeling and abam Pirash pun spesies cibu takut laut dalam π€£ So dari restoran, kitorang jalan ke pantai mandi kejap.
Lagi 15min boat nak jalan, kitorang decide nak ke boat balik. Tapi tak lalu jalan restoran tu semula. Kitorang ikut persisir pantai. Kononnya jalan sampai hujung nanti jumpalah boat. Hati dah start tak sedap masa ni. Halfway, kitorang shortcut masuk ke deretan kedai tanya-tanya orang. Siap lari kau! Alhamdulillah ngam-ngam sampai kapten dah panggil naik boat π
Selepas kejadian lari. Sempat posing jap π€£
Budak bertuah yang tak paham cibu ayah dia dah hampir pitam lari satu Phi Phi Island sambil ayah dukung dia. Boleh tersenyum lagi main pasir. Anak oh Anak.
Another spot untuk snorkeling session
Cibu masih dalam keadaan trauma lagi. Ayah kau dah berpoya-poya snorkeling bawah sana
Stop kat pulau yang terakhir sebelum habis tour. Si Abam Pirash yg sejenis takut air. Lebih berminat kumpul ranting-ranting dekat pasir daripada main air π
π€¦ββοΈ
Terlalu malas nak bukak safety jacket tu π€¦ββοΈ
Suamiku si apek-apek π
Bye Phi Phi & memories π
Alhamdulillah. Sekian cerita pasal Krabi. Nexttttt....